Google+ Followers

Tuesday, 20 September 2016

Coret

Ini sebuah cerita pendek..cerita aku yang setakat aku fahami sebagai kehidupan yang abstrak. Matlamat? Aku sedar siapa aku. Ilmu agama kekadang kering kekadang basah di dada. Macam iman. There you go..I’m a muslim. Aku bangga dengan agama aku. Aku sangat hargai apa yang agama telah ajar aku dalam menjalani kehidupan. Tapi aku sedih bila sesetengah masyarakat kini sungguh mudah melontarkan kata2 kesat terhadap sesuatu yang dianggap salah. Bukankah kita sepatutnya berbincang secara baik dahulu atas dasar menegur sahabat mahupun bukan sahabat.
Kenapa situasi ini berlaku? Sebab bila akal diagungkan melebihi ajaran agama, kita pula tidak mengejar ajaran agama sendiri. Nak salahkan siapa? Tepuk dada sendiri. Aku suka apa yang para tabligh buat, menyebarkan agama, berdakwah dan ianya berlaku secara perjumpaan dan bukan melalui media elektronik. Cuma dakwah pun ada caranya. Niat tak menghalalkan cara kan?..kalau tabligh pun tak boleh tegur dengan baik, then how do you expect yang bukan tabligh akan tegur sahabat secara baik? Jangan nanti mempersoalkan kenapa orang ramai susah nak dekat dengan kumpulan tabligh sedangkan begitu mudah untuk mendekati artis.
Ya..bukan mudah untuk berdakwah secara berkesan pada zaman kini. semakin maju teknologi tak bermaksud semua urusan akan menjadi lebih mudah. Jadi, bersabarlah. Sesungguhnya berita baik itu untuk orang-orang yang sabar. Janji dah ada usaha mana yang mampu.
Sesiapa yang tahu mengenai ilmu A, perlu dikongsi dengan yang lain. Itu tanggungjawabnya. Semakin berilmu seseorang, semakin banyak tanggungjawabnya. Semoga bertambah ilmu seseorang yang mengajarkan yang lain.