Google+ Followers

Sunday, 6 September 2015

taz-ki-rah

Hukum yang Allah dah bagi tu wajib dipatuhi oleh hambaNya.
Zaman sekarang ramai yang beri peringatan tentang dakwah zaman nabi. Bagus kan? Dakwah melalui instagram, whatsapp, blog, vlog dan sebagainya..guna kuasa media sosial. Rukhsah ke ni? Kemudahan untuk berdakwah. Tak payah pergi rumah ke rumah.
Tapi kan ada satu masalah..
Wahai para pendakwah (termasuk saya sendiri), zaman kini bukan zaman nabi. Zaman kini persekitaran berbeza. Zaman kini manusia ada mentaliti dan cara pemikiran berbeza. Zaman kini punyai penerimaan yang berbeza.
Kebanyakan dakwah melalui media sosial skrg hanya beri peringatan tentang sesuatu mengikut dakwah zaman nabi. Dakwah zaman nabi digunakan pada zaman kini. terus terang bagi saya, ianya sukar untuk berkesan. Cuba bayangkan diri anda ditakdirkan oleh Allah bertemu dgn seseorang yg rosak akidahnya. Anda sebagai org yg ada ilmu, takkan hanya berdiam diri sedangkan anda sudah biasa berdakwah di media sosial. Beribu-ribu ‘post’ kat fb. Tetapi bila Allah beri ujian depan mata, anda hanya mampu berdiam diri. Inilah ‘point’ yg ingin saya tekankan. Zaman kini perlu pendekatan dakwah yang berbeza.
Jgn salah paham dengan apa yang saya sampaikan. Bukan saya mengatakan dakwah di zaman nabi bukan perkara baik. Cuma saya minta jasa baik untuk pertimbangkan keupayaannya dari segi praktikal di zaman kini.
Teruskan usaha dakwah anda. Cuma kalau boleh, sertakan cadangan atau perbincangan mengenai dakwah yang sesuai digunakan pada zaman kini dan bukan hanya menyebut kembali sejarah zaman nabi. Apakah cara dakwah yang sesuai dipraktikkan pada zaman kini terutamanya golongan muda? Antara sebab mengapa zaman kini terdapat banyak penyebaran dakwah tetapi tiada apa yang berubah. Bahkan kita kini kononnya semakin gah sehingga ingin berjihad menyelamatkan negara Islam yang lain. Sehingga malangnya ada golongan anak muda kini tidak memikirkan jihad yang lain seperti jihad melawan nafsu dan godaan syaitan. Bagi mereka, jihad itu adalah berperang sahaja. Sedihnya bila mentaliti masyarakat menjadi begini dan mudah dialih perhatian. Mari kongsi pandangan anda. Jangan ambil mudah perkara yang selalu dianggap kecil sebegini. Cuba fikirkan, dari mana datangnya sebuah negara kalau bukan dari sekumpulan negeri yang datangnya dari pelbagai daerah dari sebuah keluarga dari seseorang individu. Maka kukuhkanlah yang individu itu terlebih dahulu.
Manakan mampu pokok meninggi jika akarnya lemah.

Jika anda pikir ‘baik iman seseorang, maka baiklah luarannya’, anda akan paham point blog ni.

No comments:

Post a Comment