Sabah,
Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis..antara negeri2 yang aku tak
pernah jejakkan kaki aku lagi selama aku sebagai rakyat Malaysia yg berumur 22
tahun ni. Well, my abah pun bukan suka bawak jalan2 dan dia pun bukan jenis
orang yg mcm tu. My late mak seorang ibu yang patuh terhadap suaminya. That is
why family aku tak pernah cuti2 Malaysia. Bosannya! Haha
Bila aku hantar nenek aku pergi umrah,
ternampak pulak sebuah keluarga pergi umrah bersama sampai bawak yang kecik
sekali. Aku macam ‘wow’.. takpelah, lain orang lain rezeki. Rezeki kat tempat
lain la tu. Lagi sakit hati bila masa kat sekolah dulu, ade member berlagak
cerita pasal dia pegi bercuti dengan family sampai kat luar negara. Amboi.
Lantak dialah. Dia punya mulut.
Aku teringat mama aku pernah ckp kat
aku, “Adik, cari org Kedah ye..barang2 Kedah murah2.” Haha. Pun boley.
Macam-macam mama aku tu. Bosan la tu duk kat rumah je sebab abah tak bagi dia
kerja. Aku faham. Lagipun dia sebelum ni memang giat bekerja dan bukan sebagai
suri rumah sepenuh masa. Tangan tu rasa gatal je nak kerja. Anyway, terima
kasih la kat dia sebab sudi jaga abah aku walaupun ‘age gap’ diorang dalam 10
tahun camtu. Patutnya aku kena jaga abah aku nanti sebab aku satu-satunya anak
lelaki dia. Tapi apa boleh buat, aku tengah belajar kat universiti sekarang.
Kerja nanti tak tahulah mcm mana pulak. Nasib seorang anak Felda. Kiranya abah
aku ni dah berubah sikit la daripada dulu. Kalau dulu, semua takut2 je nak
tegur abah. Baran orangnya sewaktu ketika dahulu. Sekarang masih baran tapi
kurang. ‘Environment’ antara aku dengan abah semasa kitorang membesar agak
berbeza. Perasaan aku dengan sikap aku ikut belah arwah emak, fizikal dan bakat
ikut abah. Bukan aku nak mengaku ke apa tapi at least itu apa yang aku sendiri
fikir.
Raya nak dekat dah ni. Aku ingat nak
pakai je baju raya tahun lepas sebab masih muat dan tak nak membazir.
Kebanyakan orang nak raya tiap2 tahun baju lain2. Setiap tahun baju raya baru,
langsir baru, permaidani baru, awek baru..eh? haha. Bergurau pulak. Apa yang
terkejut sangat pasal aku nak pakai baju raya tahun lepas? Aku tak nampak ianya
terlalu penting untuk bertukar baju raya setiap kali sambut hari raya. Ada yang
lagi penting. Time2 bujang ni lah nak berjimat. Aku bukannya anak orang kaya2
nak berlagak ikut orang kaya punya ‘style’. Jangan menyusahkan apa yang mudah.
Kita buat peraturan sendiri sampai rasa tak boleh kalau tak ikut sedangkan
peraturan yang Tuhan dah buat, kita nak tak nak je ikut. Apa masalah kita
manusia? Tanyalah diri masing2. Nak budget kawin mahal2 buat apa? Kisah sangat
orang lain cakap apa? Budget kawin kecik, kutuk pengantin lelaki sampai satu
kampung tahu. Budget kawin besar, puji2 pasangan sebab majlis grand dan
sebagainya. Lama2, timbul lagi satu peraturan, kalau nak nikah, perlu ada
budget besar. Memang, aku tahu, bagi seorang wanita, majlis perkahwinan adalah
sangat penting baginya. Tapi bukankah kehidupan selepas perkahwinan lebih
penting? Jangan la seksa bakal pengantin lelaki korang. Aku guna perkataan
‘bakal’ sebab ada kemungkinan kalau korang nak majlis kawin grand2 macam trend
artis zaman sekarang, pengantin lelaki lari cari pasangan lain. Allah dah bagi
suruhan tentang kemudahan perkahwinan dengan jelas, kita plak menyukarkan
keadaan. Kalau korang betul2 mampu, fine..buat la majlis besar2. Tak ada
masalah. Yang jadi masalah bila trend ni diterima dengan mudah even oleh warga
tua menyebabkan ianya diaplikasikan untuk semua pasangan pengantin tanpa
mengambil tahu kemampuan pasangan. Buat besar dipuji, buat kecik dikutuk.
Mentaliti tidak sihat ini perlu dibendung. Sunnah perkahwinan Rasulullah diikut
tapi caranya tidak diambil berat. Pasangan masing2 pun kenalah faham kemampuan
diri. Tak perlu nak stress kena ikut majlis kawin grand macam artis. Tak wajib
pun. Buat simple2 sudah kalau tak mampu, janji lepas kawin bahagia dan
diberkati. Kalau difikirkan, mudahnya masyarakat kita dipengaruh oleh trend
yang nampak gah di mata. Asyik2 cerita pasal kawin aku nih..
Wassalam,
Bye~
No comments:
Post a Comment