Google+ Followers

Monday, 13 July 2015

ketuk kanan ketuk kiri

Sabah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis..antara negeri2 yang aku tak pernah jejakkan kaki aku lagi selama aku sebagai rakyat Malaysia yg berumur 22 tahun ni. Well, my abah pun bukan suka bawak jalan2 dan dia pun bukan jenis orang yg mcm tu. My late mak seorang ibu yang patuh terhadap suaminya. That is why family aku tak pernah cuti2 Malaysia. Bosannya! Haha
Bila aku hantar nenek aku pergi umrah, ternampak pulak sebuah keluarga pergi umrah bersama sampai bawak yang kecik sekali. Aku macam ‘wow’.. takpelah, lain orang lain rezeki. Rezeki kat tempat lain la tu. Lagi sakit hati bila masa kat sekolah dulu, ade member berlagak cerita pasal dia pegi bercuti dengan family sampai kat luar negara. Amboi. Lantak dialah. Dia punya mulut.
Aku teringat mama aku pernah ckp kat aku, “Adik, cari org Kedah ye..barang2 Kedah murah2.” Haha. Pun boley. Macam-macam mama aku tu. Bosan la tu duk kat rumah je sebab abah tak bagi dia kerja. Aku faham. Lagipun dia sebelum ni memang giat bekerja dan bukan sebagai suri rumah sepenuh masa. Tangan tu rasa gatal je nak kerja. Anyway, terima kasih la kat dia sebab sudi jaga abah aku walaupun ‘age gap’ diorang dalam 10 tahun camtu. Patutnya aku kena jaga abah aku nanti sebab aku satu-satunya anak lelaki dia. Tapi apa boleh buat, aku tengah belajar kat universiti sekarang. Kerja nanti tak tahulah mcm mana pulak. Nasib seorang anak Felda. Kiranya abah aku ni dah berubah sikit la daripada dulu. Kalau dulu, semua takut2 je nak tegur abah. Baran orangnya sewaktu ketika dahulu. Sekarang masih baran tapi kurang. ‘Environment’ antara aku dengan abah semasa kitorang membesar agak berbeza. Perasaan aku dengan sikap aku ikut belah arwah emak, fizikal dan bakat ikut abah. Bukan aku nak mengaku ke apa tapi at least itu apa yang aku sendiri fikir.
Raya nak dekat dah ni. Aku ingat nak pakai je baju raya tahun lepas sebab masih muat dan tak nak membazir. Kebanyakan orang nak raya tiap2 tahun baju lain2. Setiap tahun baju raya baru, langsir baru, permaidani baru, awek baru..eh? haha. Bergurau pulak. Apa yang terkejut sangat pasal aku nak pakai baju raya tahun lepas? Aku tak nampak ianya terlalu penting untuk bertukar baju raya setiap kali sambut hari raya. Ada yang lagi penting. Time2 bujang ni lah nak berjimat. Aku bukannya anak orang kaya2 nak berlagak ikut orang kaya punya ‘style’. Jangan menyusahkan apa yang mudah. Kita buat peraturan sendiri sampai rasa tak boleh kalau tak ikut sedangkan peraturan yang Tuhan dah buat, kita nak tak nak je ikut. Apa masalah kita manusia? Tanyalah diri masing2. Nak budget kawin mahal2 buat apa? Kisah sangat orang lain cakap apa? Budget kawin kecik, kutuk pengantin lelaki sampai satu kampung tahu. Budget kawin besar, puji2 pasangan sebab majlis grand dan sebagainya. Lama2, timbul lagi satu peraturan, kalau nak nikah, perlu ada budget besar. Memang, aku tahu, bagi seorang wanita, majlis perkahwinan adalah sangat penting baginya. Tapi bukankah kehidupan selepas perkahwinan lebih penting? Jangan la seksa bakal pengantin lelaki korang. Aku guna perkataan ‘bakal’ sebab ada kemungkinan kalau korang nak majlis kawin grand2 macam trend artis zaman sekarang, pengantin lelaki lari cari pasangan lain. Allah dah bagi suruhan tentang kemudahan perkahwinan dengan jelas, kita plak menyukarkan keadaan. Kalau korang betul2 mampu, fine..buat la majlis besar2. Tak ada masalah. Yang jadi masalah bila trend ni diterima dengan mudah even oleh warga tua menyebabkan ianya diaplikasikan untuk semua pasangan pengantin tanpa mengambil tahu kemampuan pasangan. Buat besar dipuji, buat kecik dikutuk. Mentaliti tidak sihat ini perlu dibendung. Sunnah perkahwinan Rasulullah diikut tapi caranya tidak diambil berat. Pasangan masing2 pun kenalah faham kemampuan diri. Tak perlu nak stress kena ikut majlis kawin grand macam artis. Tak wajib pun. Buat simple2 sudah kalau tak mampu, janji lepas kawin bahagia dan diberkati. Kalau difikirkan, mudahnya masyarakat kita dipengaruh oleh trend yang nampak gah di mata. Asyik2 cerita pasal kawin aku nih..

Wassalam,
Bye~

Friday, 3 July 2015

ketuk sana ketuk sini

Aku tahu aku dah banyak buat salah. Anak Adam mana yang tak pernah buat salah kat atas dunia ni. Apa yang aku masih bersyukur, bila rasa bersalah tu masih wujud dalam diri selepas melakukan suatu kesalahan. Selama 21 tahun 6 bulan dalam kehidupan aku, dah macam-macam orang aku jumpa. Ada yang kekal dan sebaliknya. aku tak nak penatkan otak aku pikir pasal kesalahan siapa. Apa yang dah jadi tetap terjadi. Tak boleh u-turn macam kat jalan raya. Jangan terlalu harapkan orang lain maafkan kita. Yang penting, kita maafkan orang lain. Kalau tak minta maaf langsung tu lain cerita la.

By the way,
Aku baru siapkan tesis. Tak panjang pun. 10k+ patah perkataan je. Itu je yang sempat aku buat sepanjang sem lepas di samping tugasan-tugasan lain yang berlambak. Kalau nak dibandingkan dengan novel yang perlu sekurang-kurangnya 60k patah perkataan, apalah sangat. Tapi isi kandungan tesis yang santifik membuatkan 10k rasa macam 100k. Sakit kepala nak buat ayat. Aku pulak dah terbuat dalam bahasa Inggeris. Hmmm..
Latihan industri makin dekat. ‘How to be a successful intern?’ aku tak tahu kenapa aku google dan belajar kat youtube pasal benda ni. Sebab ‘nervous’ punya pasal la ni. Kepada yang masih belum melaksanakan latihan industri, rancanglah awal2 ye. Banyak perkara kena ‘settle’. Kena cari syarikat tempat kerja, mana nak cari tempat tinggal lagi, ade duit lagi ke tak nak survive, bayar sewa, ‘transport’? latihan industri ni tak semua bagi elaun. Nasib jugak la. Lagi-lagi syarikat kerajaan. Faham-fahamlah.

Aku pernah berfikir,

Sebelum aku kahwin, aku nak pastikan aku mampu ke tak nak jaga anak dara orang, diri sendiri boleh jaga tak? ‘Budget’ harian terkawal tak? Kerja stabil tak? Dah check list kemampuan zahir, kemampuan batin macam mana? Mampu tak nak jaga perasaan dia? Keluarga dia? Macam mana nak jadi menantu terbaik, nak jadi suami terbaik untuk dia? Nak jadi abang ipar. Bukan senang. Lelaki sebagai suami memang banyak beban nak kena tanggung. Tanggung dosa diri sendiri, isteri, anak-anak. Kadang-kadang aku rasa aku terlebih fikir benda ni tapi berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling aku, membuatkan aku memikirkannya berulang-ulang kali. Kalau aku dah berkenan kat seseorang pun dalam hati, tapi waktu tu aku masih belum mampu, aku sanggup lepaskan dia daripada hidup susah dengan aku. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang berada dalam keadaan begitu. Apa pun, itu semua ketentuan Allah. Insya Allah, kesenangan dan kemudahan akan Allah beri kepada sesiapa yang berniat baik mendirikan masjid. Keterangan dalam Quran pun dah ada. Yakin tak? Yakin tu penting, tapi perancangan tu pun penting jugak. Aku pernah cerita benda ni kat classmate aku yang dah kawin. Dia cakap nanti dah kawin, suami isteri settle masalah sama-sama. Benda jadi mudah. Aku terlalu fikir pasal beban seorang suami ke? Buat masa sekarang ni, itu bukan fokus aku. Alasan untuk aku putus asa cari bakal isteri? Taklah.. janji niat baik nak mendirikan masjid tu dah ada. Ketentuan untuk aku berkahwin tu di tangan Allah. So, aku tak nak beriya sangat.
The end~


Wassalam.