full throttle

Bismillah..
Apa kabar? Sihat ka?

Ini mungkin last entry blog aku semester ni. Banyak yang jadi sem ni. Subjek sem ni pun berat2, at least berat kat kepala otak bukan di otot. Tesis membuatkan aku stress. Aku dah agak akan rasa macam tu tapi masih tak dapat lari dari perasaan tu. Secara jujur, aku tak banyak jumpa dgn penasihat tesis aku sebab aku tahu dia sibuk. Membuat aku tertanya-tanya, boleh ke jadi student tesis bawah dia? Dulu jadi ketua jabatan pengajian aku, sekarang dah jadi ketua SKET..hmmm. mesti makin sibuk. Bukannya aku sengaja malas nak jumpa dia selalu tapi.. jangan sampai sakitkan hati dia sudah. Yang bagusnya, dia ok je kalo berhubung dengan wassap2. Cool la jugak sebab sesetengah pensyarah nak cara proper like through call atau email sahaja.

Pencarian tempat untuk internship. Tu pun satu hal jugak. Satu je yang aku tak paham dengan company2 ni, boleh tak bagitau atau reply email kalo aku kene reject ke dapat ke..kita penat2 mohon, naik turun pejabat amik surat sokongan universiti, hantar email, resume secara elok. Pastu pihak company diam je.. rasa macam cikai sangat je jadi student kalo dilayan camtu. Terima kasih Najib..(tetiba) haha


So, sekarang tengah minggu study week dan aku masih gatal tangan menulis blog. Tension kan baru lepas siapkan tesis. Nak tak nak kene la setelkan jugak. Banyak kredit untuk tesis tu. Now I’m struggling to study for final. Baru nak start, maklumlah..orang lain habiskan study week dengan study, aku? Siapkan tesis. Tak sentuh langsung subjek lain. Huhu. Doakan saya teman2~ =)

macam tak dapat je balik rumah kat Pahang. Intern kat KL. sobs2
wahh, next week Ramadhan !! selamat berpuasa !

Comments

Post a Comment

Popular Posts