Google+ Followers

Sunday, 12 April 2015

Blackball~

Hmmm..Bismillah,
Aq baru lepas habis baca satu buku dari Terfaktab Production ni bertajuk Blackball by Fath Shaily. Ni gara-gara sorang member aku yang berlagak comel padahal dah tua rekomen aku beli buku ni. But no regret, aku beli buku tu guna baucer buku 1 Malaysia..hahaa. by the way, to that particular member of mine Nur Adlin Syafeena binti Nazifunnur, u have my congratulation for your wedding baru-baru ni. Semoga kau bahagia bersama pasangan. For a guy like me, that is my best compliment that you can get. Huhu

Spoiler alert ! jangan sambung bacaan anda jika anda belum membaca buku ni terutama sekali bagi orang2 yang sensitif pasal spoiler2 ni..tapi boleh plak selamba badak sumatera dia spoils every details cerita yang dia dah tengok kat orang lain tanpa sebarang amaran. Hahaha..aku tau ada orang macam tu. Sorry kalau terasa kerana ianya perlu diberi perhatian.
          
             Pendapat pasal buku tu? Jap eh.. permulaan cerita dia menggambarkan sikap kasanova watak utama buku tu dalam misi mencari cinta sejati. Ramai jugak la skandal dia. Sarah, Mya, Intan, Rania, Faira dan mungkin kebanyakan atau semuanya terlibat dengan hubungan seks semasa tengah skandal. Aku ni bukanlah ustaz ke apa tapi bila baca part yang ditulis mengenai hubungan seks, adalah rasa bersalah tu. Istighfar jap. Disebabkan watak aku dengan watak utama buku ni ada persamaan tentang  perempuan, aku harap aku tak menjalani kehidupan yang sama. Terfaktab betul hidup dia. Ada la benda yang baik jugak. Watak utama buku ni, Riz, Sarawakian,  is a very independent man, bekerja sebagai tutor Fizik. Tak bergantung sangat dengan keluarga. Tapi tu pun sebab dia ada konflik dengan ‘ayah’ dia sendiri. Pasal tu dia ada twist sikit kat ending cerita ni.
            Ada skandal dengan RA tu bagi aku ok je tapi bila dah terbuat sampai mengandung tu dah agak melampau..kenapa every skandal have to end up with sex? Latar belakang agama dalam buku ni obviously Islam. Bukanlah contoh yang baik tapi maybe bagi sesetengah orang dah anggap benda ni perkara biasa. Yelah..kes buang bayi pun dh famous kat Malaysia ni. Susah dah nak tutup pengaruh seks ni.
            This is my first time reading a book from Terfaktab Production and it is quiet urban like LEJEN PRES and FIXI. The writing style was in my expectation in a simple way as in this generation favourable. Cuma susah sikit la nak diadaptasi kepada drama atau filem. Kemungkinan besar pun boleh dibawa ke panggung teater.

Ok, aku tak nak spoil everything sebab aku sebenarnya nak korang baca sendiri buku ni because it is readable and amazing. 
Blackball (Fath Shaily).


No comments:

Post a Comment