Hmmm..Bismillah,
Aq baru lepas habis baca satu buku dari Terfaktab Production
ni bertajuk Blackball by Fath Shaily. Ni gara-gara sorang member aku yang
berlagak comel padahal dah tua rekomen aku beli buku ni. But no regret, aku beli buku tu guna baucer buku 1 Malaysia..hahaa.
by the way, to that particular member of
mine Nur Adlin Syafeena binti Nazifunnur, u have my congratulation for your
wedding baru-baru ni. Semoga kau bahagia bersama pasangan. For a guy like me, that is my best
compliment that you can get. Huhu
Spoiler alert ! jangan sambung bacaan
anda jika anda belum membaca buku ni terutama sekali bagi orang2 yang sensitif
pasal spoiler2 ni..tapi boleh plak selamba badak sumatera dia spoils every details cerita yang dia dah
tengok kat orang lain tanpa sebarang amaran. Hahaha..aku tau ada orang macam
tu. Sorry kalau terasa kerana ianya perlu diberi perhatian.
Pendapat
pasal buku tu? Jap eh.. permulaan cerita dia menggambarkan sikap kasanova watak
utama buku tu dalam misi mencari cinta sejati. Ramai jugak la skandal dia.
Sarah, Mya, Intan, Rania, Faira dan mungkin kebanyakan atau semuanya terlibat
dengan hubungan seks semasa tengah skandal. Aku ni bukanlah ustaz ke apa tapi
bila baca part yang ditulis mengenai
hubungan seks, adalah rasa bersalah tu. Istighfar jap. Disebabkan watak aku
dengan watak utama buku ni ada persamaan tentang perempuan, aku harap aku tak menjalani
kehidupan yang sama. Terfaktab betul hidup dia. Ada la benda yang baik jugak.
Watak utama buku ni, Riz, Sarawakian, is a very independent man, bekerja
sebagai tutor Fizik. Tak bergantung sangat dengan keluarga. Tapi tu pun sebab
dia ada konflik dengan ‘ayah’ dia sendiri. Pasal tu dia ada twist sikit kat ending cerita ni.
Ada skandal
dengan RA tu bagi aku ok je tapi bila dah terbuat sampai mengandung tu dah agak
melampau..kenapa every skandal have to end up with sex? Latar belakang
agama dalam buku ni obviously Islam. Bukanlah
contoh yang baik tapi maybe bagi sesetengah
orang dah anggap benda ni perkara biasa. Yelah..kes buang bayi pun dh famous kat Malaysia ni. Susah dah nak
tutup pengaruh seks ni.
This is my first time reading a book from
Terfaktab Production and it is quiet urban like LEJEN PRES and FIXI. The
writing style was in my expectation in a simple way as in this generation
favourable. Cuma susah sikit la nak diadaptasi kepada drama atau filem.
Kemungkinan besar pun boleh dibawa ke panggung teater.
Ok, aku tak nak spoil
everything sebab aku sebenarnya nak
korang baca sendiri buku ni because it is
readable and amazing.
Blackball (Fath
Shaily).