Google+ Followers

Friday, 25 December 2015

'berubah'

'kalau orang tu sayang kat kita, dia takkan suruh kita berubah'
kata2 ni tersebar luas di laman sosial. apa kesannya?
buat org betul2 tak nak berubah, tambah ego dan tambah keras kepala..memang betul kita terima pasangan seadanya tapi tak bermakna itu alasan utk kita tak nak berubah kpd kebaikan.
kalo isteri tak pakai tudung, suami nak isteri berubah supaya lebih terjaga auratnya..berubah kpd yg lebih baik itu kan apa salahnya? tanggungjawab suami tertunai, pahala suami isteri pun dapat.nothing to lose.
suami pula, jangan la baran sangat..padahal dh belajar dh yg sifat marah tu dekat dengan syaitan tapi duk ikut jugak baran tu. Rasulullah kan dh ajar cara2 handle bila rasa marah, first diam..then duduk. kalau ade lagi rasa marah, baring..ade lagi rasa tu? amik wudhu' dan solat. berubah la k.
sedangkan sebagai muslim pun kita disuruh agar memperbaiki amalan terhadap Yang Maha Esa.
Kita ada agama tak? Agama dh ajar kn? kenapa tak apply? saje buat2 bodoh ke cmne? Nanti org cakap "benda ni dh belajar since secondary school la", mula la nak sentap bagai.
'people nowadays'
berubah la utk kebaikan. slow2 xpe. xpe ke slow2 nk buat kebaikan? bukan benda baik kene buat cepat2 ke? (kawin tau plak nk cepat ye, amboi) hehe
takpe korang..Allah faham. selagi kita letak Allah dlm hati. =) smile emoticon

Sunday, 6 September 2015

taz-ki-rah

Hukum yang Allah dah bagi tu wajib dipatuhi oleh hambaNya.
Zaman sekarang ramai yang beri peringatan tentang dakwah zaman nabi. Bagus kan? Dakwah melalui instagram, whatsapp, blog, vlog dan sebagainya..guna kuasa media sosial. Rukhsah ke ni? Kemudahan untuk berdakwah. Tak payah pergi rumah ke rumah.
Tapi kan ada satu masalah..
Wahai para pendakwah (termasuk saya sendiri), zaman kini bukan zaman nabi. Zaman kini persekitaran berbeza. Zaman kini manusia ada mentaliti dan cara pemikiran berbeza. Zaman kini punyai penerimaan yang berbeza.
Kebanyakan dakwah melalui media sosial skrg hanya beri peringatan tentang sesuatu mengikut dakwah zaman nabi. Dakwah zaman nabi digunakan pada zaman kini. terus terang bagi saya, ianya sukar untuk berkesan. Cuba bayangkan diri anda ditakdirkan oleh Allah bertemu dgn seseorang yg rosak akidahnya. Anda sebagai org yg ada ilmu, takkan hanya berdiam diri sedangkan anda sudah biasa berdakwah di media sosial. Beribu-ribu ‘post’ kat fb. Tetapi bila Allah beri ujian depan mata, anda hanya mampu berdiam diri. Inilah ‘point’ yg ingin saya tekankan. Zaman kini perlu pendekatan dakwah yang berbeza.
Jgn salah paham dengan apa yang saya sampaikan. Bukan saya mengatakan dakwah di zaman nabi bukan perkara baik. Cuma saya minta jasa baik untuk pertimbangkan keupayaannya dari segi praktikal di zaman kini.
Teruskan usaha dakwah anda. Cuma kalau boleh, sertakan cadangan atau perbincangan mengenai dakwah yang sesuai digunakan pada zaman kini dan bukan hanya menyebut kembali sejarah zaman nabi. Apakah cara dakwah yang sesuai dipraktikkan pada zaman kini terutamanya golongan muda? Antara sebab mengapa zaman kini terdapat banyak penyebaran dakwah tetapi tiada apa yang berubah. Bahkan kita kini kononnya semakin gah sehingga ingin berjihad menyelamatkan negara Islam yang lain. Sehingga malangnya ada golongan anak muda kini tidak memikirkan jihad yang lain seperti jihad melawan nafsu dan godaan syaitan. Bagi mereka, jihad itu adalah berperang sahaja. Sedihnya bila mentaliti masyarakat menjadi begini dan mudah dialih perhatian. Mari kongsi pandangan anda. Jangan ambil mudah perkara yang selalu dianggap kecil sebegini. Cuba fikirkan, dari mana datangnya sebuah negara kalau bukan dari sekumpulan negeri yang datangnya dari pelbagai daerah dari sebuah keluarga dari seseorang individu. Maka kukuhkanlah yang individu itu terlebih dahulu.
Manakan mampu pokok meninggi jika akarnya lemah.

Jika anda pikir ‘baik iman seseorang, maka baiklah luarannya’, anda akan paham point blog ni.

Monday, 13 July 2015

ketuk kanan ketuk kiri

Sabah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis..antara negeri2 yang aku tak pernah jejakkan kaki aku lagi selama aku sebagai rakyat Malaysia yg berumur 22 tahun ni. Well, my abah pun bukan suka bawak jalan2 dan dia pun bukan jenis orang yg mcm tu. My late mak seorang ibu yang patuh terhadap suaminya. That is why family aku tak pernah cuti2 Malaysia. Bosannya! Haha
Bila aku hantar nenek aku pergi umrah, ternampak pulak sebuah keluarga pergi umrah bersama sampai bawak yang kecik sekali. Aku macam ‘wow’.. takpelah, lain orang lain rezeki. Rezeki kat tempat lain la tu. Lagi sakit hati bila masa kat sekolah dulu, ade member berlagak cerita pasal dia pegi bercuti dengan family sampai kat luar negara. Amboi. Lantak dialah. Dia punya mulut.
Aku teringat mama aku pernah ckp kat aku, “Adik, cari org Kedah ye..barang2 Kedah murah2.” Haha. Pun boley. Macam-macam mama aku tu. Bosan la tu duk kat rumah je sebab abah tak bagi dia kerja. Aku faham. Lagipun dia sebelum ni memang giat bekerja dan bukan sebagai suri rumah sepenuh masa. Tangan tu rasa gatal je nak kerja. Anyway, terima kasih la kat dia sebab sudi jaga abah aku walaupun ‘age gap’ diorang dalam 10 tahun camtu. Patutnya aku kena jaga abah aku nanti sebab aku satu-satunya anak lelaki dia. Tapi apa boleh buat, aku tengah belajar kat universiti sekarang. Kerja nanti tak tahulah mcm mana pulak. Nasib seorang anak Felda. Kiranya abah aku ni dah berubah sikit la daripada dulu. Kalau dulu, semua takut2 je nak tegur abah. Baran orangnya sewaktu ketika dahulu. Sekarang masih baran tapi kurang. ‘Environment’ antara aku dengan abah semasa kitorang membesar agak berbeza. Perasaan aku dengan sikap aku ikut belah arwah emak, fizikal dan bakat ikut abah. Bukan aku nak mengaku ke apa tapi at least itu apa yang aku sendiri fikir.
Raya nak dekat dah ni. Aku ingat nak pakai je baju raya tahun lepas sebab masih muat dan tak nak membazir. Kebanyakan orang nak raya tiap2 tahun baju lain2. Setiap tahun baju raya baru, langsir baru, permaidani baru, awek baru..eh? haha. Bergurau pulak. Apa yang terkejut sangat pasal aku nak pakai baju raya tahun lepas? Aku tak nampak ianya terlalu penting untuk bertukar baju raya setiap kali sambut hari raya. Ada yang lagi penting. Time2 bujang ni lah nak berjimat. Aku bukannya anak orang kaya2 nak berlagak ikut orang kaya punya ‘style’. Jangan menyusahkan apa yang mudah. Kita buat peraturan sendiri sampai rasa tak boleh kalau tak ikut sedangkan peraturan yang Tuhan dah buat, kita nak tak nak je ikut. Apa masalah kita manusia? Tanyalah diri masing2. Nak budget kawin mahal2 buat apa? Kisah sangat orang lain cakap apa? Budget kawin kecik, kutuk pengantin lelaki sampai satu kampung tahu. Budget kawin besar, puji2 pasangan sebab majlis grand dan sebagainya. Lama2, timbul lagi satu peraturan, kalau nak nikah, perlu ada budget besar. Memang, aku tahu, bagi seorang wanita, majlis perkahwinan adalah sangat penting baginya. Tapi bukankah kehidupan selepas perkahwinan lebih penting? Jangan la seksa bakal pengantin lelaki korang. Aku guna perkataan ‘bakal’ sebab ada kemungkinan kalau korang nak majlis kawin grand2 macam trend artis zaman sekarang, pengantin lelaki lari cari pasangan lain. Allah dah bagi suruhan tentang kemudahan perkahwinan dengan jelas, kita plak menyukarkan keadaan. Kalau korang betul2 mampu, fine..buat la majlis besar2. Tak ada masalah. Yang jadi masalah bila trend ni diterima dengan mudah even oleh warga tua menyebabkan ianya diaplikasikan untuk semua pasangan pengantin tanpa mengambil tahu kemampuan pasangan. Buat besar dipuji, buat kecik dikutuk. Mentaliti tidak sihat ini perlu dibendung. Sunnah perkahwinan Rasulullah diikut tapi caranya tidak diambil berat. Pasangan masing2 pun kenalah faham kemampuan diri. Tak perlu nak stress kena ikut majlis kawin grand macam artis. Tak wajib pun. Buat simple2 sudah kalau tak mampu, janji lepas kawin bahagia dan diberkati. Kalau difikirkan, mudahnya masyarakat kita dipengaruh oleh trend yang nampak gah di mata. Asyik2 cerita pasal kawin aku nih..

Wassalam,
Bye~

Friday, 3 July 2015

ketuk sana ketuk sini

Aku tahu aku dah banyak buat salah. Anak Adam mana yang tak pernah buat salah kat atas dunia ni. Apa yang aku masih bersyukur, bila rasa bersalah tu masih wujud dalam diri selepas melakukan suatu kesalahan. Selama 21 tahun 6 bulan dalam kehidupan aku, dah macam-macam orang aku jumpa. Ada yang kekal dan sebaliknya. aku tak nak penatkan otak aku pikir pasal kesalahan siapa. Apa yang dah jadi tetap terjadi. Tak boleh u-turn macam kat jalan raya. Jangan terlalu harapkan orang lain maafkan kita. Yang penting, kita maafkan orang lain. Kalau tak minta maaf langsung tu lain cerita la.

By the way,
Aku baru siapkan tesis. Tak panjang pun. 10k+ patah perkataan je. Itu je yang sempat aku buat sepanjang sem lepas di samping tugasan-tugasan lain yang berlambak. Kalau nak dibandingkan dengan novel yang perlu sekurang-kurangnya 60k patah perkataan, apalah sangat. Tapi isi kandungan tesis yang santifik membuatkan 10k rasa macam 100k. Sakit kepala nak buat ayat. Aku pulak dah terbuat dalam bahasa Inggeris. Hmmm..
Latihan industri makin dekat. ‘How to be a successful intern?’ aku tak tahu kenapa aku google dan belajar kat youtube pasal benda ni. Sebab ‘nervous’ punya pasal la ni. Kepada yang masih belum melaksanakan latihan industri, rancanglah awal2 ye. Banyak perkara kena ‘settle’. Kena cari syarikat tempat kerja, mana nak cari tempat tinggal lagi, ade duit lagi ke tak nak survive, bayar sewa, ‘transport’? latihan industri ni tak semua bagi elaun. Nasib jugak la. Lagi-lagi syarikat kerajaan. Faham-fahamlah.

Aku pernah berfikir,

Sebelum aku kahwin, aku nak pastikan aku mampu ke tak nak jaga anak dara orang, diri sendiri boleh jaga tak? ‘Budget’ harian terkawal tak? Kerja stabil tak? Dah check list kemampuan zahir, kemampuan batin macam mana? Mampu tak nak jaga perasaan dia? Keluarga dia? Macam mana nak jadi menantu terbaik, nak jadi suami terbaik untuk dia? Nak jadi abang ipar. Bukan senang. Lelaki sebagai suami memang banyak beban nak kena tanggung. Tanggung dosa diri sendiri, isteri, anak-anak. Kadang-kadang aku rasa aku terlebih fikir benda ni tapi berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling aku, membuatkan aku memikirkannya berulang-ulang kali. Kalau aku dah berkenan kat seseorang pun dalam hati, tapi waktu tu aku masih belum mampu, aku sanggup lepaskan dia daripada hidup susah dengan aku. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang berada dalam keadaan begitu. Apa pun, itu semua ketentuan Allah. Insya Allah, kesenangan dan kemudahan akan Allah beri kepada sesiapa yang berniat baik mendirikan masjid. Keterangan dalam Quran pun dah ada. Yakin tak? Yakin tu penting, tapi perancangan tu pun penting jugak. Aku pernah cerita benda ni kat classmate aku yang dah kawin. Dia cakap nanti dah kawin, suami isteri settle masalah sama-sama. Benda jadi mudah. Aku terlalu fikir pasal beban seorang suami ke? Buat masa sekarang ni, itu bukan fokus aku. Alasan untuk aku putus asa cari bakal isteri? Taklah.. janji niat baik nak mendirikan masjid tu dah ada. Ketentuan untuk aku berkahwin tu di tangan Allah. So, aku tak nak beriya sangat.
The end~


Wassalam.

Saturday, 13 June 2015

full throttle

Bismillah..
Apa kabar? Sihat ka?

Ini mungkin last entry blog aku semester ni. Banyak yang jadi sem ni. Subjek sem ni pun berat2, at least berat kat kepala otak bukan di otot. Tesis membuatkan aku stress. Aku dah agak akan rasa macam tu tapi masih tak dapat lari dari perasaan tu. Secara jujur, aku tak banyak jumpa dgn penasihat tesis aku sebab aku tahu dia sibuk. Membuat aku tertanya-tanya, boleh ke jadi student tesis bawah dia? Dulu jadi ketua jabatan pengajian aku, sekarang dah jadi ketua SKET..hmmm. mesti makin sibuk. Bukannya aku sengaja malas nak jumpa dia selalu tapi.. jangan sampai sakitkan hati dia sudah. Yang bagusnya, dia ok je kalo berhubung dengan wassap2. Cool la jugak sebab sesetengah pensyarah nak cara proper like through call atau email sahaja.

Pencarian tempat untuk internship. Tu pun satu hal jugak. Satu je yang aku tak paham dengan company2 ni, boleh tak bagitau atau reply email kalo aku kene reject ke dapat ke..kita penat2 mohon, naik turun pejabat amik surat sokongan universiti, hantar email, resume secara elok. Pastu pihak company diam je.. rasa macam cikai sangat je jadi student kalo dilayan camtu. Terima kasih Najib..(tetiba) haha


So, sekarang tengah minggu study week dan aku masih gatal tangan menulis blog. Tension kan baru lepas siapkan tesis. Nak tak nak kene la setelkan jugak. Banyak kredit untuk tesis tu. Now I’m struggling to study for final. Baru nak start, maklumlah..orang lain habiskan study week dengan study, aku? Siapkan tesis. Tak sentuh langsung subjek lain. Huhu. Doakan saya teman2~ =)

macam tak dapat je balik rumah kat Pahang. Intern kat KL. sobs2
wahh, next week Ramadhan !! selamat berpuasa !

Sunday, 12 April 2015

Blackball~

Hmmm..Bismillah,
Aq baru lepas habis baca satu buku dari Terfaktab Production ni bertajuk Blackball by Fath Shaily. Ni gara-gara sorang member aku yang berlagak comel padahal dah tua rekomen aku beli buku ni. But no regret, aku beli buku tu guna baucer buku 1 Malaysia..hahaa. by the way, to that particular member of mine Nur Adlin Syafeena binti Nazifunnur, u have my congratulation for your wedding baru-baru ni. Semoga kau bahagia bersama pasangan. For a guy like me, that is my best compliment that you can get. Huhu

Spoiler alert ! jangan sambung bacaan anda jika anda belum membaca buku ni terutama sekali bagi orang2 yang sensitif pasal spoiler2 ni..tapi boleh plak selamba badak sumatera dia spoils every details cerita yang dia dah tengok kat orang lain tanpa sebarang amaran. Hahaha..aku tau ada orang macam tu. Sorry kalau terasa kerana ianya perlu diberi perhatian.
          
             Pendapat pasal buku tu? Jap eh.. permulaan cerita dia menggambarkan sikap kasanova watak utama buku tu dalam misi mencari cinta sejati. Ramai jugak la skandal dia. Sarah, Mya, Intan, Rania, Faira dan mungkin kebanyakan atau semuanya terlibat dengan hubungan seks semasa tengah skandal. Aku ni bukanlah ustaz ke apa tapi bila baca part yang ditulis mengenai hubungan seks, adalah rasa bersalah tu. Istighfar jap. Disebabkan watak aku dengan watak utama buku ni ada persamaan tentang  perempuan, aku harap aku tak menjalani kehidupan yang sama. Terfaktab betul hidup dia. Ada la benda yang baik jugak. Watak utama buku ni, Riz, Sarawakian,  is a very independent man, bekerja sebagai tutor Fizik. Tak bergantung sangat dengan keluarga. Tapi tu pun sebab dia ada konflik dengan ‘ayah’ dia sendiri. Pasal tu dia ada twist sikit kat ending cerita ni.
            Ada skandal dengan RA tu bagi aku ok je tapi bila dah terbuat sampai mengandung tu dah agak melampau..kenapa every skandal have to end up with sex? Latar belakang agama dalam buku ni obviously Islam. Bukanlah contoh yang baik tapi maybe bagi sesetengah orang dah anggap benda ni perkara biasa. Yelah..kes buang bayi pun dh famous kat Malaysia ni. Susah dah nak tutup pengaruh seks ni.
            This is my first time reading a book from Terfaktab Production and it is quiet urban like LEJEN PRES and FIXI. The writing style was in my expectation in a simple way as in this generation favourable. Cuma susah sikit la nak diadaptasi kepada drama atau filem. Kemungkinan besar pun boleh dibawa ke panggung teater.

Ok, aku tak nak spoil everything sebab aku sebenarnya nak korang baca sendiri buku ni because it is readable and amazing. 
Blackball (Fath Shaily).


Thursday, 9 April 2015

sabar~

Ini sebuah cerita pendek..cerita aku yang setakat aku fahami sebagai kehidupan yang abstrak. Matlamat? Aku sedar siapa aku. Ilmu agama kekadang kering kekeadang basah di dada. Macam iman. There you go..I’m a muslim. Aku bangga dengan agama aku. Aku sangat hargai apa yang agama telah ajar aku dalam menjalani kehidupan. Tapi aku sedih bila sesetengah masyarakat kini sungguh mudah melontarkan kata2 kesat terhadap sesuatu yang dianggap salah. Bukankah kita sepatutnya berbincang secara baik dahulu atas dasar menegur sahabat mahupun bukan sahabat.
Kenapa situasi ini berlaku? Sebab bila akal diagungkan melebihi ajaran agama, kita pula tidak mengejar ajaran agama sendiri. Nak salahkan siapa? Tepuk dada sendiri. Aku suka apa yang para tabligh buat, menyebarkan agama, berdakwah dan ianya berlaku secara perjumpaan dan bukan melalui media elektronik. Cuma dakwah pun ada caranya. Niat tak menghalalkan cara kan?..kalau tabligh pun tak boleh tegur dengan baik then how do you expect yang bukan tabligh akan tegur sahabat secara baik? Jangan nanti mempersoalkan kenapa orang ramai susah nak dekat dengan kumpulan tabligh sedangkan begitu mudah untuk mendekati artis.
Ya..bukan mudah untuk berdakwah secara berkesan pada zaman kini. semakin maju teknologi tak bermaksud semua urusan akan menjadi lebih mudah. Jadi, bersabarlah. Sesungguhnya berita baik itu untuk orang-orang yang sabar. Janji dah ada usaha mana yang mampu.

Sesiapa yang tahu mengenai ilmu A, perlu dikongsi dengan yang lain. Itu tanggungjawabnya. Semakin berilmu seseorang, semakin banyak tanggungjawabnya. Semoga bertambah ilmu seseorang yang mengajarkan yang lain.