Way of Thought
Google+ Followers
Sunday, 26 October 2014
way of thought..
Bila kakak aku yg keempat wassap aku; “ Ni akak baru merasa pakai Iphone.”
Ok la tu, the first of our siblings yg pakai Iphone. If u guys know what i meant. This is my life. This is my family. This
is how we handle things in everyday life. Haha. Semakin aku meningkat
dewasa ni, perasaan sensitif tu semakin ketara. Sebab apa? Sebab aku hidup dlm
‘environment’ yg mendidik aku
sebegitu. This world is ruled by many
serious people. Tak percaya? Don’t
even make fun of these kind of people. Diorang akan balas dgn cara diorang
tersendiri dan ianya dilakukan secara serius. Paling teruk, sampai mati pun
ada. Ini cara diorang. Their way of
thought.
In our entire life, we try to follow
the majority. Why? Ask yourself.
Why don’t we do something new? But of
course it is something illegal and not religiously condemned. As long as it is
right.
What if the real problem is the
‘trend’? people’s trend..
We follow because we don’t want to be
looked weird in other people’s eyes? What else? Is it because the majority is
always right?
What is your way of thought?
Do we have our personal thought? No?
Yes?
Do we follow our own thought? Or
following other people’s thought? Why?
Mentality..this is the key. Mentality
is guided by mind. But our mind is very easily distracted. Distraction !
Lagi satu suka aku nak ingatkan,
Salah faham dan pertengkaran kebanyakannya kerana salah ‘nada’ dalam
perbualan. Nada macam marah, padahal bukan marah. Niat baik. Cuma salah nada
dalam perbualan. Keluarga atau kawan yang mendengar mungkin boleh salah faham
hanya kerana itu. Niat baik itu mulia. Tidak dinafikan lagi. Tetapi manusia tak
nampak niat. Tak dengar niat. Tak dapat sentuh niat. Tak dapat rasa niat. kalau
dah tahu kelemahan tu, cubalah perbaiki. Jangan mengharap orang lain yang
berubah untuk kita. Penting diri namanya tu. Seeloknya kita sendiri yang
perbaiki kelemahan kita.
Aku cakap benda ni sebab aku sendiri pun ada kelemahan ni dan aku percaya
bukan aku seorang sahaja dalam dunia ni yang ada kelemahan ni. Dapat pahala
usaha nak jadi lebih baik kan. Aku ada empat orang kakak dan aku seorang
lelaki. Banyak kali juga aku hampir bertengkar dengan diorang sebab beberapa
perkara dan antaranya adalah sebab salah penggunaan ‘nada’. Bila aku dah ok,
kakak aku pulak yang asyik salah nada. Ada yang sorang ni tak nak mengumpat
tapi suka cakap banyak sambil ungkit cerita lama. Aku cakap sepatah, seratus
patah dia balas. Aku decide untuk diam je lah. Malas nak bazir tenaga. Bila dah
habis cakap, baru dia sedar pastu “Astaghfirullah2”..haha. selalu orang kata
aku sensitif. Tapi dalam kes ni, siapa pulak yang terlebih sensitif?.. dulu aku
kene jaga perasaan kakak2 aku, sekarang bila semua dah bersuami, kene jaga hati
abang2 ipar pulak. Huhu..bila cuti semester je, pening nak tumpang rumah kakak
yang mana. Rumah ayah jauh. Bila tak ada yang dekat kita merungut. Tapi bila
dah ada yang dekat, masalah macam ni pula yang muncul. Merungut lagi..haha
Apa pun, ini semua sebahagian dari kisah benar aku. Kalau korang ade
kehidupan yang lebih sukar, aku harap korang sentiasa tabah dan bersabar. Allah
suka orang yang banyak bersabar. Banyak disebut dalam Al-Quran. InsyaAllah,
Allah akan beri kemudahan di saat yang terbaik. Manakala kepada sesiapa yang
mempunyai kehidupan yang lebih baik, bersyukurlah banyak2. Jangan lupa pada
siapa yang memberi rezeki. Jangan tindas yang di bawah, malah bantu mereka.
Kesenangan yang kita dapati itu sebenarnya juga merupakan tanggungjawab untuk
membantu yang kekurangan dan bukan hanya memuaskan nafsu diri sendiri. Duit
gaji yang kita dapat tu kadang2 bukan rezeki kita sahaja. Boleh jadi rezeki ibu
bapa, adik beradik, kawan2 malah pengemis di jalanan.
Aku tak nak jadi naif selama-lamanya....(bayangkan kata2 aku ni bergema)
=)
Subscribe to:
Posts (Atom)