Google+ Followers

Thursday, 19 June 2014

uncle teksi

‘Do you know what proof the existence of a writer is? His or her writing. Instead of just starting with it as a hobby into work into audience enjoyment, it also a life for him/her.’  
     
Kita hidup dalam dunia ni...sejak kelahiran, pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, Matrik, Asasi, Ijazah, Master, PHD.. sepanjang garis masa tu, kita alami macam2 benda, paling famous sekali, bab percintaan. Soal ini bertambah kritikal lagi apabila jumlah perempuan di tempat2 pengajian meningkat pada masa kini, menambahkan lagi kebarangkalian berlakunya percintaan. Bilangan pasangan makin ramai. Sambung sana, sambung sini. Putus sana putus sini. =p.
      
Ada satu hari tu aku baru balik dari KLCC, on the way ke kolej, aku naik teksi. Petang lagi masa tu. Uncle teksi dengan aku pun mula menyelusur lingkungan Budi di UM. Lalu sahaja depan bangunan PASUM, ramai budak perempuan PASUM lalu kat tepi jalan. Owh ye, diorang baru habis kelas. Tiba2 soalan yang tak dijangka diajukan oleh uncle teksi, “you takde girlfriend ke?” Haaa? Aku terus terdiam kaku seketika. “takde uncle.” “Haiiyaa ! ramai nice girls sini, pilih laa”..dengan senyum sinisnya. Haih, uncle, kalaulah semudah itu. Girls sini sume high taste la uncle(alasan refleksi). Really i have to think about that now? I’m just 21 yo. Tengok kat Korea, umur 30+ baru cari jodoh..huhu
      
Haihh..entahla dunia ni, cari pasangan awal pun salah, lambat pun salah. Tak cari nanti kata gay lesbian lah..mulut manusia. I do think that i’m still young to get deep into this matter. Orang sekarang ni lambat matangnya berbanding oldtimers. Bagi la masa panjang sikit kenal hidup ni sebelum jaga anak dara orang. Kalau dah sampai jodoh tu, terima je la..tolak rezeki plak nanti. Ada la tu hikmatnya Allah kurniakan. Bila dah dapat jodoh, bersyukur. Tak semua orang dapat jodoh kat dunia ni. Kecik2 dah jumpa Ilahi.
      
Buat masa ni aku tak rasa pun kekosongan tanpa percintaan dgn anak dara. Kekosongan yang aku rasa sekarang, cinta antara aku sebagai hamba kepada Allah. Pencipta aku, pencipta kita. Sekuat mana?

     
#perkongsianringkas #Thank you for your time~ =)

Sunday, 1 June 2014

randomness everywhere~

Entry 18#

Sekarang aku ada di rumah kakak ‘kedua’ yang bertempat di Bandar Baru Sungai Buaya, Rawang, Selangor. Hmmmm.. keluhan dan keluhan. Tu je yang biasa kita buat, tersengaja buat dan tak tersengaja kita buat. Kita tahu tak elok selalu mengeluh. Kenapa kita mengeluh? Apa yang buatkan kita mengeluh? Kucing pernah mengeluh? [tetiba].

Baru2 ni aku dilanda masalah duit. Entah kenapa semua serba tak kena. Ujian Tuhan? ‘part of it’. Apapun, disebabkan itu aku mungkin kena batalkan beberapa plan yang dirancang sem ni. Maybe ada student lain macam aku jugak yang tak pernah dapat duit belanja dari parents setiap semester. Bergantung pada biasiswa sepenuhnya. Walaupun tu sebenarnya tanggungjawab mereka. So, kalau aku rasa bersalah untuk minta atau pinjam duit parents, salah ke? Dah hujung2 dah ni, masalah ni timbul. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi pun ada dan bermacam-macam jenis mimpi. Kadang2 fikir terlebuh sangat, pastu mimpi sampai kena berhenti belajar sebab tak cukup duit(-,-)’. Walaupun sebenarnya rendah harapan untuk plan tu dilaksanakan. Saja aku ‘italic’kan perkataan bahasa Inggeris. Ada novel Melayu sekarang bagi statement: tulisan bahasa Inggeris dalam novel ini sengaja tidak disengetkan untuk nampak hidup seperti perbualan urban sekarang. Huhu..bahasa rojak la katakan kan.

Status? Haihh...hehe. aku ‘rasa’ aku boleh dianggap single lagi. Walaupun dh ada tersuka kat someone. Cuma..masalah sebab tak declare? Malu2 lagi? Haha..si dia..si dia. Sabar je lah. Setakat ni, aku tak pernah jumpa dia face 2 face lagi. Contact2 camtu je. Takde kesempatan lagi. Padahal rumah bukan jauh sangat pun. (.,-). Aku pun takde pengalaman dating2 nih.. kaku je nanti. Ahahaaa... apakah cinta terbaik yang aku boleh buat? Cinta tak salah. Cinta itu suci. ‘Cara’ mesti betul. ‘Cara’ boleh mengubah persepsi manusia terhadap sesuatu. Kahwin bukan senang woi.. Kahwin sekarang pun dah macam2 gaya. Kahwin kat laut, kahwin kat panggung wayang. Kesian Tok Kadi.

Yes !! aku seorang yang sensitif. Aku mengaku. Tak ramai girls yang suka guys yang sensitif..yeke? haha..tak kisah la. Bukan mudah nak tukar habit. Ada orang kata, berubah untuk seseorang itu baik. Ada orang kata, lebih baik jadi diri sendiri. Apapun, aku cuba ubah mana yang boleh ke arah positif. Tapi kene kawal sebab nanti mudah bergaduh, tak mengalah. Dah pernah hampir berkelahi dengan orang tua pun waktu dulu. Salah pendapat, biasalah. Macam2 persoalan timbul terhadap diri sendiri. Aku ni...garang ke? Atau tegas? Pendiam sangat? Kalau aku sendiri tak kenal perangai aku, tak rasa macam ada kegunaan aku di situ..huhu [episod siapa aku?]

Dalam dunia sekarang ni. Kita lebih berfikir ke arah negatif. Alhamdulillah, at least pada benda2 kecil. Sebab tu dunia ni masih aman. Tapi ingat, kita dah jadi witness kepada penindasan terhadap negara2 Islam sekarang. It is Predictable though. Dalam Al-Quran pun dah bagi petanda akhir zaman. Kita mungkin rajin baca Quran. Tapi cukup ke kalau sekadar baca? Cukup ke kalau sekadar tahu maknanya? Bukankah kita juga perlu hayatinya? Mengamalkannya? Mestilah, aku sendiri pun tak capai goal tu lagi. Still, ini adalah peringatan buat muslimin & muslimat semua. Sekarang dah 437 patah perkataan. =p

Harap anda2 semua paham lah ye apa yang tertulis ini. Kadang2 ada ayat yang makan dalam. Sorry~ (.o.) gomennasai !
[dalam kehidupan seharian aku pun, terkadang aku menggunakan bahasa atau ayat yang sukar difahami..huhu,member sendiri pun tak paham.]