Google+ Followers

Saturday, 3 May 2014

DREAM [Let It Go]~

        Bismillah. Bila bercakap tentang mimpi. Aku sendiri pun bukan mudah untuk bermimpi. Kadang2 baru alami. Pelik2 plak tu. Mimpi tiba-tiba dah jadi menantu sapa ntah..haha. Mimpi member aku tetiba free hair. Macam2 lah. Mimpi yang ade sampai buat aku menangis masa tidur pun ada. Masa tu mimpi arwah mak meninggal dunia. Padahal masa tu dia hidup lagi. Tambah sedih lagi bila mimpi tu jadi kenyataan beberapa tahun kemudian. Not instantly la kiranya. Padahal masa tu aku mimpi siang2 kot. Biasa kan kita neglect je mimpi siang2 ni. Tak sangka boleh jadi petunjuk jugak. Well, masa tu pun aku masih sekolah rendah dan arwah mak juga yang kejutkan aku dari mimpi tu sebab dia Nampak mata aku berair masa tidur. Tu sebab aku mimpi dia meninggal dunia la. Aku terus bangun dengan terpinga-pinga dan pada masa yang sama gembira sebab arwah mak masih ada. Tapi aku tak bagitau dia pun apa yang aku mimpi. Kalau boleh aku nak lupakan je. Buat2 tak pernah mimpi macam tu. Huhu..sedih la plak. Mimpi hantu setakat ni takde lagi. Alhamdulillah. Cuma bila aku demam, aku sering bermimpi sesuatu yang bersifat abstrak dan menakutkan. Bukan ade hantu tapi suasana dalam mimpi tu menakutkan. Takde bentuk dan sentiasa bergerak secara rawak. Mostly mimpi ttg keduniaan. Maybe semua orang mimpi mcm aku sebab aku pun orang/manusia.huhu…tafsir mimpi? Aku pernah baca la tapi aku tak ambil sesrius sgt mengenai ramalannya. Just baca sebab terjumpa buku tu kat ‘library’. Maybe kalau boleh tafsir mimpi dengan tepat tu merupakan satu ‘skill’ kot bagi sesetengah orang. Masa kat universiti, time aku still first year, ex-roomate aku yang sorang ni kerap plak bermimpi. Nama dia Muiz (bukan nama sebenar) =p. Bila bangun2 je, ‘share’ apa yang dimimpikan. Haha. Dah macam story teller di waktu pagi. Tapi bukan senang sebenarnya nak ingat semula apa yang kita mimpi. Aku pernah cuba dan ianya susah. Kadang2 memang tak dapat ingat langsung. Tak boleh ke mimpi Nampak jawapan exam ke..haha.. Memang semua ‘student’ nak la kan?. 

No comments:

Post a Comment