Google+ Followers

Friday, 9 May 2014

sociopath !!

Bismillah..
Entry kali ni aku just nak share pasal one part of my ‘habit’ which is being… a sociopath fellow. Sherlock Holmes? Haha. Dia lebih sikit la. Dia high functioning sociopath. So apa bendanya tu sociopath. Tak jauh beza pun dgn psychopath. Cuma sociopath ni takde masalah dgn kehidupan sosial diorang dan dia mempunya sesuatu keinginan lain iaitu ingin tahu sesuatu secara lebih dari kebiasaan. (setakat yg aku paham, jika salah sila komen)
Ikut seseorang senyap2 dari belakang. Mana ade dari depan, ko nak kantoi?, kebarangkalian untuk mengetahui jadual waktu orang lain. Senang citer macam stalker la.. well, honestly kadang2 aku jadi stalker. Jahat? X baik? Huhu.. yeke? Cuba bukak fb, Instagram, twitter, mana yang ade bf atau gf. Obviously korang pun akan cuba bukak profil si dia tak kisah la di mana2 laman sosial pun. There, I understand that you just wanna check him/her constantly or continuously, but yes, you are already become a stalker. Memang dahsyat la kalau tak tengok langsung, 100% trust. Susah nak cari orang camtu.
Aku taklah expert pasal cinta2 ni, tapi yang dh jumpa cinta tu mesti timbul perasaan nak berhubung selalu, nak jumpa selalu, jalan2 selalu dgn dia. Normal la kan. So ade baiknye jgak la kan jadi stalker kadang2?
However, most people akan rasa takut dgn org cmni sbb tahu macam2 pasal seseorang. Jangan salahkan sesiapa. Kita patut tahu & sedar saat kita upload macam2 gambar atau status kat laman sosial. Orang lain akan tengok. Mungkin diorang akan push the ‘like’ button. Ko dah taip status peribadi kt fb, pastu nak expect orang lain tak tahu, then someone tanya pasal status tu, tetiba ko tuduh dia tu stalker. Haha.. lawak la. Hal peribadi, lain kali tulis kat diari je. Aku faham, sharing is caring. But hati2 la ea. Apatah lagi jika orang tu heboh2kan status tu kat orang lain.. retak ulu hati kan?
Aku bukannya stalk ape pun, stalk assignment. Stalk status tu biasa la. Bukak fb je terus keluar status macam2. Tertengok la kan. Tapi jangan risau, aku x kan hebohkan benda2 yg memalukan. Aku simpan je. Gelak sensorang. hehe 

Remember this, if u don’t wanna be stalked, please don’t put picture or type anything in social network.  =)

Saturday, 3 May 2014

DREAM [Let It Go]~

        Bismillah. Bila bercakap tentang mimpi. Aku sendiri pun bukan mudah untuk bermimpi. Kadang2 baru alami. Pelik2 plak tu. Mimpi tiba-tiba dah jadi menantu sapa ntah..haha. Mimpi member aku tetiba free hair. Macam2 lah. Mimpi yang ade sampai buat aku menangis masa tidur pun ada. Masa tu mimpi arwah mak meninggal dunia. Padahal masa tu dia hidup lagi. Tambah sedih lagi bila mimpi tu jadi kenyataan beberapa tahun kemudian. Not instantly la kiranya. Padahal masa tu aku mimpi siang2 kot. Biasa kan kita neglect je mimpi siang2 ni. Tak sangka boleh jadi petunjuk jugak. Well, masa tu pun aku masih sekolah rendah dan arwah mak juga yang kejutkan aku dari mimpi tu sebab dia Nampak mata aku berair masa tidur. Tu sebab aku mimpi dia meninggal dunia la. Aku terus bangun dengan terpinga-pinga dan pada masa yang sama gembira sebab arwah mak masih ada. Tapi aku tak bagitau dia pun apa yang aku mimpi. Kalau boleh aku nak lupakan je. Buat2 tak pernah mimpi macam tu. Huhu..sedih la plak. Mimpi hantu setakat ni takde lagi. Alhamdulillah. Cuma bila aku demam, aku sering bermimpi sesuatu yang bersifat abstrak dan menakutkan. Bukan ade hantu tapi suasana dalam mimpi tu menakutkan. Takde bentuk dan sentiasa bergerak secara rawak. Mostly mimpi ttg keduniaan. Maybe semua orang mimpi mcm aku sebab aku pun orang/manusia.huhu…tafsir mimpi? Aku pernah baca la tapi aku tak ambil sesrius sgt mengenai ramalannya. Just baca sebab terjumpa buku tu kat ‘library’. Maybe kalau boleh tafsir mimpi dengan tepat tu merupakan satu ‘skill’ kot bagi sesetengah orang. Masa kat universiti, time aku still first year, ex-roomate aku yang sorang ni kerap plak bermimpi. Nama dia Muiz (bukan nama sebenar) =p. Bila bangun2 je, ‘share’ apa yang dimimpikan. Haha. Dah macam story teller di waktu pagi. Tapi bukan senang sebenarnya nak ingat semula apa yang kita mimpi. Aku pernah cuba dan ianya susah. Kadang2 memang tak dapat ingat langsung. Tak boleh ke mimpi Nampak jawapan exam ke..haha.. Memang semua ‘student’ nak la kan?.