Gamophobia

Bismillah..

Aku tak tahu korang tahu atau tidak apa itu gamophobia. Ia berkenaan perasaan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan. Mmg tak dapat disangkal lagi perasaan sebegitu wujud. Apatah lagi yg terlalu mencari kesempurnaan pada seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Tanpa sedar, akhirnya kita jadi bujang terlajak dan anak dara tua. huhu

Tak salah nk cari yg terbaik tapi percayalah, nk cari yg sempurna mcm yg kita nk mmg xde. Sebab ape? sbb imaginasi itu luas dan boleh take over pemikiran kita terhadap sesuatu contohnya dlm pemilihan pasangan.

Ada yg hensem, tapi panas baran..Ada yg cantik tapi tak pandai nk jaga hati. Hensem/cantik,baik,lucu..Biasanya benda2 cmni pun dh cukup buat sesetengah org.
Ada yg dh ok, match sume tapi ada masalah politik plak..hehe

Apa pun jodoh itu di tanganNya. Tak semua org dpt jodoh di dunia ni. Meninggal awal contohnya. So, yg dh berkahwin tu bersyukur la byk2 sbb diberi kesempatan.
Cabaran dan dugaan selepas perkahwinan tu cerita lain la kan.
Jadi kenapa rasa takut untuk berkahwin walaupun dh mampu? Bagi perempuan, mungkin ada yg takut untuk bersalin. Lelaki, aku tak tahu lagi setakat ni.

haha..aku teringat masa kakak aku kawin, ada sorang pak cik tu dtg tegur aku, maybe sbb dia nmpk aku mcm termenung kat majlis tu.. "Sabar ea..nnt awak pulak." Aku tekejut jgak masa tu..tiba2 je..huhu. tak tahu nk cakap pe. Padahal aku tgh pikir psl nk tido kat mne mlm tu sbb rumah aku tak la besar mne dan sedara mara ramai dtg nk bermalam skali..haha.

Orite, berkenaan dgn tajuk ni. Ada sorang girl ni yg aku baru kenal.Ssshhh.. Aku pernah tanya dia dh ada bf ke? Dia kata dh. Mmg aku dh agak pun sbb dia tu cantik la jgak.
Pastu aku bgtau kat dia.." Owh, moga bahagia, kahwin nanti jgn lupa ajak member." (ayat common). Tiba2 dia balas, " Nth la." hmmm? Aku pun mcm pelik la jgak kn. Eh dia ni tak yakin dgn lelaki tu ke ape. Dia tak bgtau sbb pe cuma aku agak dia ni mmg tak ambil tahu sgt psl kawin nih. Maybe dia takde keyakinan dlm diri dia sendiri psl tu..whatever. Aku harap dia heppy cukup.

Bla..bla..blaaa..ni cerita aku..Maybe korang ada cerita yg lagi menarik ttg ni..kalau nk kongsi kt sini pun boleh..huhu

bye~ =)



Comments

Popular Posts