Google+ Followers

Friday, 24 January 2014

Gamophobia

Bismillah..

Aku tak tahu korang tahu atau tidak apa itu gamophobia. Ia berkenaan perasaan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan. Mmg tak dapat disangkal lagi perasaan sebegitu wujud. Apatah lagi yg terlalu mencari kesempurnaan pada seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Tanpa sedar, akhirnya kita jadi bujang terlajak dan anak dara tua. huhu

Tak salah nk cari yg terbaik tapi percayalah, nk cari yg sempurna mcm yg kita nk mmg xde. Sebab ape? sbb imaginasi itu luas dan boleh take over pemikiran kita terhadap sesuatu contohnya dlm pemilihan pasangan.

Ada yg hensem, tapi panas baran..Ada yg cantik tapi tak pandai nk jaga hati. Hensem/cantik,baik,lucu..Biasanya benda2 cmni pun dh cukup buat sesetengah org.
Ada yg dh ok, match sume tapi ada masalah politik plak..hehe

Apa pun jodoh itu di tanganNya. Tak semua org dpt jodoh di dunia ni. Meninggal awal contohnya. So, yg dh berkahwin tu bersyukur la byk2 sbb diberi kesempatan.
Cabaran dan dugaan selepas perkahwinan tu cerita lain la kan.
Jadi kenapa rasa takut untuk berkahwin walaupun dh mampu? Bagi perempuan, mungkin ada yg takut untuk bersalin. Lelaki, aku tak tahu lagi setakat ni.

haha..aku teringat masa kakak aku kawin, ada sorang pak cik tu dtg tegur aku, maybe sbb dia nmpk aku mcm termenung kat majlis tu.. "Sabar ea..nnt awak pulak." Aku tekejut jgak masa tu..tiba2 je..huhu. tak tahu nk cakap pe. Padahal aku tgh pikir psl nk tido kat mne mlm tu sbb rumah aku tak la besar mne dan sedara mara ramai dtg nk bermalam skali..haha.

Orite, berkenaan dgn tajuk ni. Ada sorang girl ni yg aku baru kenal.Ssshhh.. Aku pernah tanya dia dh ada bf ke? Dia kata dh. Mmg aku dh agak pun sbb dia tu cantik la jgak.
Pastu aku bgtau kat dia.." Owh, moga bahagia, kahwin nanti jgn lupa ajak member." (ayat common). Tiba2 dia balas, " Nth la." hmmm? Aku pun mcm pelik la jgak kn. Eh dia ni tak yakin dgn lelaki tu ke ape. Dia tak bgtau sbb pe cuma aku agak dia ni mmg tak ambil tahu sgt psl kawin nih. Maybe dia takde keyakinan dlm diri dia sendiri psl tu..whatever. Aku harap dia heppy cukup.

Bla..bla..blaaa..ni cerita aku..Maybe korang ada cerita yg lagi menarik ttg ni..kalau nk kongsi kt sini pun boleh..huhu

bye~ =)



Thursday, 23 January 2014

Part of Me~

Bismillah,

This time, aku cuma nk kongsi psl org atau lelaki jenis apakah aku ini..haha. well, at least for now. This is for future references of course. =)

Aku pun tak tahu mcm mne aku boleh terpikir nk buat entry psl ni kali ni. Maybe sbb aku slalu pikir aku patut sedar aku ni siapa kot kat muka bumi yang fana ini..hoho

Sebagai hanya seorang lelaki yg dilahirkan di kalangan adik-beradik, korang patut tahu jantina yg lain tu kan. Maybe org lain yg lahir sama jantina dalam kalangan adik-beradik diorang dapat berinteraksi dgn lebih baik kot. Bukannya nk bgtau yg aku ni tak bergaul baik dgn siblings aku yg lain, cuma sbb yg lain perempuan, aku start bermain benda yg lelaki main sensorang. Lagipun jarak umur aku dgn kakak aku yg last ialah 7 tahun. So, bergantunglah pada korang rasa 7 tahun tu lama atau sekejap and for sure I can't be the only in this world yg bernasib begini. Bagi aku tempoh tu lama la jugak tapi takkan sampai aku nk salahkan parents aku plak kn. Bersyukur je la. Lagipun aku takde masalah dengan perkara tu. Axiomatically, I mean, obviously sbb aku ok lagi sampai skrg. Nampak tak hancur bahasa Melayu kat sini. hehe..Gudluck on following that. huhu

So faham2 je lah dengan persekitaran aku sejak kecil yg begitu, janganlah salahkan aku kalau aku ni bukan jenis lelaki yg korang sangka sama seperti lelaki lain. Maksudnya bersikap kasar dan sebagainya. Aku bukan lembut cuma mudah bertolak ansur. Manja? U can decide that after u know me well.

This year aku 21. Masa kem yg lepas, senior aku yg 2,3 tahun older dh start bincang psl pasangan hidup dengan rancaknya, berkumpul satu meja pastu kongsi taste masing2..haha. Tapi benda tu normal la kan. Even aku pun, mmg tipulah kalau aku tak pernah rasa nk bercinta bagai. Judge me? Please..Tapi buat masa ni, aku malas nk pikir sgt psl tu. Setakat berkenal-kenalan jelah dulu. Nak genggam tangan seorang gadis utk jadikan teman hidup mmg aku tak mampu lagi buat masa ni, so buat pe aku sibuk nk couple skrg. Aku sedar siapa aku dan mmg realitinya itu. Aku bukannya anak raja, anak org kaya raya, anak Cancellor or TNC..huhu

Biasa la kalau aku pegi shopping barang sorang-sorang kat mall, slalu sgt couple lalu lintas. Aku sangka baik je, owh diorang dh mampu la tu nk kawin and taniah. Walaupun usia diorang 5 tahun lebih muda dari aku. Malas nk pikir sgt.

Btw, aku ni jenis yg kalau ade girl suka kat aku, aku try recommend lelaki lain dulu daripada aku. Aku tak tolak girl tu cuma aku bagi dia pilihan lain dulu sebelum aku. Ok, maybe kat sini korang rasa aku ni pelik atu nth ape2..ahaha. fine, aku tak kisah. Kalau girl tu betul2 ikhlas suka kat aku, dia tetap akan dtg kat aku. Aku terlalu merendah diri? Maybe. Sbb aku bukannya sempurna mana pun. Ramai lagi lelaki kat luar tu yg lagi macho, hebat, kacak. Kalau camni pun aku mengalah, so, psl rampas-merampas ni, mmg lagi tak la.

Bab nk ajak pegi tgk wayang sume tu mmg aku fail. haha..So aku tak rasa budak bandar minat kat aku.huhu, and maybe sebahagian besar budak kampung sbb budak kampung pun dh maju skrg. Tgk wayang dgn couple ni benda yg dh lapuk sbnrnya tapi still menjadi skrg selain ajak mkn makanan special2 atau jalan kt tempat yg best.

Buat lawak? well, occasionally tapi bukan setiap masa. Aku mmg tak suka honestly kalau org tu perli setiap benda aku cakap sbb perkara tu buat semua benda mati. Tak kisah la niat korang nk bergurau ke ape cuma jgn la slalu sgt nnt jadi sgt annoying. A kind of bullying in a way for me. Kesan dia boleh kurangkan keyakinan pada org lain. Sometimes i'm serious. Ada satu kes sampai aku hampir bertengkar dgn pak cik mne nth, lama dh, pukul brother geng mengaji sampai hampir pengsan sbb dia nk rosakkan basikal aku, haha..tu masa umur 8,9 tahun..huhu. Skrg rasa mcm...kenapa aku buat semua tu?

Last one for now, kakak aku cakap muka aku nmpk tua, urat-urat timbul kat lengan mcm org tua.haha.. Nasib baik aku dh cukur misai, janggut. Bulu kaki tu tak pe lah..hewhew.

Okay.. bye.
thanks.    =)




Tuesday, 21 January 2014

Ter'busy'

Bismillah,

Kesibukan tu kita boleh dpt bila2 masa je. Time kerja, belajar, mengurus dan sebagainya. Dilema universiti ni, dalam mengejar matlamat untuk mendapatkan segulung ijazah yang membawa kelayakan, byk benda lain lagi yg kene ambil kira.

Terutama zaman skrg ni yg bukan hanya pandang pada akademik malah kelebihan2 yg lain seperti kemahiran sosial dan kepimpinan. So, nk dipendekkan cerita, jadi ulat buku sahaja tak cukup.

Sistem pembelajaran tak jauh beza dgn peringkat sebelumnya namun cara pembawakannya yang jauh berbeza. Honestly, kalau nk cakap psl merit, aku pun masa first year risau gila sbb merit sgt diperlukan utk stay kolej. Macam2 temuduga aku terlibat dan akhirnya aku dpt salah satu drpd projek mega kolej.
Bersyukur tapi gementar pada masa yg sama. Tapi aku memang minat pun dgn projek tu yg melibatkan anak yatim. Mungkin sbb aku pernah merasa keadaan seorang anak yatim yg serba kekurangan terutama kasih syg ibu bapa.

Jadi tujuan aku join projek tu bukanlah semata-mata untuk merit walaupun ianya penting. Kalau boleh sebenarnya aku tak mahu sama dgn pandangan org lain terhadap sesuatu perkara sbb bagi aku benda yg sama ni membosankan walaupun normal. Of course ada batas2 tertentu.

Tahun seterusnya, bila prestasi aku mula dilihat dan dinilai, macam2 plak projek lain yg panggil aku. Masa tu aku tahu aku kene belajar bagaimana untuk berkata tidak. Maksudnya untuk menolak tawaran. Bagi aku nk tolak tawaran ni bukan suatu yg mudah sbb kat kolej, kawan2 kita jgak yg ajak bukan org lain yg kita tak kenal. Kat situ kene pandai buat rundingan dgn cara yg baik dan rasional. Korang akan terdedah dgn lebih banyak persatuan, aktiviti fakulti, projek kolej..Tu belum masuk plan korang nk jenjalan dgn member kat sekitar KL ni. Harga mmg mahal, paling2 pun cuci mata je lah. hewhew

Bila dh 'busy', mmg susah la nk balik rumah. Kadang2 cuti sebulan pun tak dpt balik dan mula la kene bebel dgn mak. kenapa tak balik? keje byk sgt ke? bila boleh balik? Ayah aku mcm biasa je..hmmm

Rumah aku kat Rompin, Pahang dan bukan lah jauh sgt dari KL ni, tapi kalau dpt balik sehari dua je rasa mcm tak ada 'feel'. Nk jumpa dgn member sekolah lama lagi. Reunion dari dulu lagi rancang tapi mmg susah nk jadi. huhu

Hmmm..ok lah.
SYS..

=)

Sunday, 19 January 2014

Assalamualaikum,

So, kali ni just nk update ttg kem kepimpinan PERSADA selama 3 hari lepas.
Pengalaman yang menarik especially first day and second day. Belajar cara key-in data projek ke HEP dan sbgnya. Bagi aku benda ni penting sbb aku sendiri pun dah terlibat dgn banyak projek dan kene tahu banyak prosedur utk laksanakan sesuatu program. Then, dpt kenal 'watak' ahli yg lain.

Btw, kat kem tu pun byk kali mkn tapi memandangkan genetik aku yg cmni, makan 10 kali sehari pun susah nk gemuk.huhu. kalau dpt maintain badan cmni even lepas kawin..hmmmm. Kat kem tu pun aku ada jumpa kucing..huhu, rindu plak kucing lama.

Last skali, aku diberi tanggungjawab sebagai pengarah dlm salah satu program yg dirancang. Credit to mantan2 PERSADA yg byk membantu, sanggup dtg kongsi ilmu. I appreciate it. Ekspresi dlm hati..haha

GO GO GO PERSADA !!!

Hopefully dapat dijalankan dengan baik. First time jadi pengarah kat universiti. Sebelum ni paling tinggi, timbalan pengarah. Pening macam mana sekalipun, amanah tetap amanah. 4th sem yg mencabar tahun 2014.. Pray for me. =)









Saturday, 18 January 2014

Sadness then Sorrow~

                                                    Assalamua'laikum~~


 Well, this is part of my family's stories. Aku sebagai anak bongsu,hmmm..so, tak banyak benda aku boleh cerita..haha. Tapi banyak benda aku dengar daripada adik beradik aku yg lain. Bermula dari album gambar, gelak tawa hinggalah dibawa ke tangisan..huuuu. Kalau korang kenal dgn aku, sama sekolah dgn aku, maybe korang rasa aku ni mcm x kasar, susah nk marah and diam je. The answer to these factors is my family background. Semua org terdedah dgn keadaan sekeliling sejak dari kecil kan? di sekeliling mu....ada dinding dinding, ding ding ding. Rasanya Dato Siti x baca blog aku ni, so xpe..hehe

Baru2 ni pun byk benda dah jadi dan ramai org menerima ujian dari yang Maha Kuasa. Cuma kadang2 kita rasa masalah yg dihadapi tu terlalu berat utk diterima dan mula la komplain sana sini. Sedangkan Allah lebih tahu kemampuan sebenar kita. Ujian ni melatih kita supaya x putus asa, x putus harapan dan berdoa pada Dia. Pesanan utk diri sendiri juga sbb aku juga insan biasa malah mungkin lebih lemah drpd kalian dari sudut tertentu terutamanya agama.

Jahil ttg agama sendiri bg aku adalah sesuatu yg sangat dikesali/worse dan sebagainya. x kira betapa hebatnya kita dlm ilmu dunia, terasa diri masih kosong dgn kejahilan ilmu agama. Mungkin bukan sekarang tapi jauh di sudut hati, perasaan itu wujud dan worse scenario could happen bila kita hanya sedar perkara ni bila dh tua dan time tu dh start lenguh2 badan, penglihatan dh mula kabur dan pendengaran dh mula kurang sensitif. Masa tu baru terfikir hamba Tuhan jenis apakah diri ini..


(TT)

#exam#cuti#program

Mulakan dengan basmalah.

Entry kali ni, aku pun tak tahu nak cerita apa2 yg menarik. Ok la, aku baru lepas habis exam sem ke-3 di Universiti Malaya. last paper mlm Jumaat. Haa, nasib baik xde keliwon. haha. 
Tatkala kawan2 keriangan untuk cuti. Keriangan masa tu mengalahkan raya. Keluar dewan exam, terus keluar kamera bagai, snap sana sini. Masa tu jugaklah peluang kalau nk tengok muka2 pelik yang x pernah buat sebelum ni. 
Aku ni lain sikit, bukan nk cakap xde perasaan cuma sukar sedikit la nk express feeling through face. Psl tu aku kene improve, sbb tu aku decide utk join teater kat kolej. Sekali senaman muka belajar. 
Lagipun, aku x balik rumah pun cuti ni. Byk nk kene siapkan kertas kerja projek PERSADA(Felda), KEBATIM( kebajikan anak2 yatim) dan HALUSINASI(teater). that's why jugaklah muka aku xde expression sgt time habis exam sem ni.huhu
Ermmm, otw skrg ni, aku sedang mengikuti kem kepimpinan di Lembah Azwen. Kenal x tempat ni? dekat je dgn KL. Just take 40 minit la journey by bus from UM.
So, nnt aku bgtau psl kem ni di entry yg seterusnya. 
thanks for your time.

=)